Pengambilan 9 kekosongan jawatan terkini di MyIPO Julai 2022: Gaji RM1,963 sehingga RM9,630

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PEMERIKSA PATEN – GRED IP8
    • Klasifikasi: Perkhidmatan Harta Intelek
    • Kumpulan Perkhidmatan: Eksekutif
    • Skala Gaji: RM2,688 – RM9,630
    • Kekosongan: 5
  2. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT – GRED IP10
    • Klasifikasi: Perkhidmatan Harta Intelek
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Skala Gaji: RM1,963 – RM6,123
    • Kekosongan: 4

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Jawatan MyIPO dengan lengkap dan melampirkannya bersama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat ke alamat:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 04 JULAI 2022, ISNIN .

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk di portal rasmi MyIPO (career/kerjaya) – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…