Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) kini sedang membuka pengambilan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PENYELIA ASRAMA
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Tempoh: 1 Tahun
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
- Berdikari dan boleh bekerja di bawah pengawasan minimum;
- Mampu menguruskan pendaftaran bilik dan dokumentasi;
- Kemahiran peribadi dan komunikasi yang baik.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan ke Bahagian Sumber Manusia (HRD) NIOSH ke alamat e-mel: [email protected].
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 31 MEI 2022, SELASA.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan secara atas talian boleh dirujuk – DI SINI.