pknns

Jawatan kosong Pekerja Sambilan Harian di PKNNS: Tarikh tutup permohonan 26 Februari 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan PKNNS

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) (Penolong Pegawai Tadbir Gred N29)

  • Kumpulan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
  • Kadar Upah : RM7/sehari
  • Tempoh Perkhidmatan : 3 bulan (Boleh dilanjutkan sehingga maksimum tiga bulan lagi berdasarkan prestasi)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yang mengandungi latar belakang diri, latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, kemahiran, penglibatan luar, rujukan serta alamat rumah, emel dan nombor telefon terkini.

Ia juga perlu dilampirkan bersama sekeping gambar saiz passport dan salinan dokumen-dokumen (yang telah diakui sah dan benar) seperti mana dinyakan di hebahan rasmi.

Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada:

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
PETI SURAT 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 26 FEBRUARI 2024 (ISNIN).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Telah Mula Dibayar: Ini Jadual & Senarai Penuh Penerima RM800

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Telah Mula Dibayar: Ini Jadual & Senarai Penuh Penerima RM800

Musim hujan sering kali membawa bersamanya suasana yang mendamaikan, bunyi titisan hujan yang menenangkan, serta udara yang segar. Namun, di…
Pelbagai Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM): Gaji RM1,500 - RM6,620

Pelbagai Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM): Gaji RM1,500 - RM6,620

Pada ketika ini, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1: Pembayaran Dibuat Secara Kredit Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

STR Fasa 1: Pembayaran Dibuat Secara Kredit Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 di Malaysia memainkan peranan penting dalam struktur masyarakat, merangkumi sebahagian besar populasi negara. Namun, dalam era…