MAIK

Jawatan kosong pelbagai gred dibuka di MAIK sesi November 2022: Gaji sehingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Malumat Jawatan Kosong MAIK

  1. PEGAWAI TADBIR (PEGAWAI PEMATUHAN) N41
    • Klasifikasi: Pentadbiran dan Sokongan (N)
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19
    • Klasifikasi: Pentadbiran dan Sokongan (N)
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan yang disediakan di Portal Rasmi MAIK.

Slip Pengesahan Permohonan kemudiannya perlu dicetak dan dikembarkan bersama resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan serta dihantar ke alamat:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 10 DISEMBER 2022, SABTU.

Hebahan rasmi kekosongan dan permohonan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan: Pendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan: Pendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Secara umumnya, e-Wallet, atau e-Dompet adalah aplikasi atau perkhidmatan digital yang membolehkan pengguna menyimpan, menghantar dan menerima wang secara elektronik…
Pengambilan jawatan kosong Tabung Haji sesi Oktober 2024: Syarat-syarat & cara memohon

Pengambilan jawatan kosong Tabung Haji sesi Oktober 2024: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Tabung Haji (TH) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi…
i-Suri: Cara mendaftar dan mendapatkan insentif khas RM300 dari KWSP

i-Suri: Cara mendaftar dan mendapatkan insentif khas RM300 dari KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah salah satu tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun…