keretapi

Jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sesi April 2024: Gaji RM1,498 – RM5,678

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Bahagian: Unit Kewangan
  • Jadual Gaji: RM1,498 (Minimum) – RM5,678 (Maksimum)
  • Imbuhan Tetap Perumahan: RM300
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM160
  • Bantuan Sara Hidup: RM350

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Politeknik Bidang/ Kelayakan Khusus: Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
    • Kelayakan ikhtisas: Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. ATAU
    • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
    • Badan Profesional: Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
  • Kepujian di peringkat SPM/SVM (Sekurang-kurangnya Gred C) Kemahiran : Microsoft Words, Power Point, Excel.

Bidang Tugas

  • Melaksana dan membantu dalam menyelaras semua aspek keselamatan fizikal dan dokumen RAC mengikut peruntukan yang berkuatkuasa.
  • Melaksana dan membantu dalam semakan dokumen, terimaan dan pembayaran kepada pihak ketiga.
  • Membantu, mengurus dan memantau Kerja Dalam Pelaksanaan (KDP-KTMB) merangkumi terimaan dokumen bayaran, status terkini KDP.
  • Membantu menyedia dan mengurus dokumentasi kepada pihak bank dan memantau status peletakan dan status matang simpanan tetap yang dibuat.
  • Menyedia dan menghantar Laporan Prestasi Pembayaran Bil Sempurna ke MOT.
  • Menyediakan penyata terimaan harian Bank Islam.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem e-Jawatan RAC.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 16 APRIL 2024 (SELASA), 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Tempoh sah laku permohonan ini adalah selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan dan hanya calon yang melepasi tapisan yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…