finas

Jawatan kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS): Ambilan Jun 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

PEMANDU KENDERAAN H11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
    • Lesen D: RM1,264.15
    • Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
    • Lesen F/H: RM1,356.45
    • Lesen G/I: RM1,402.60
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal e-Perjawatan FINAS. Pemohon perlu mengisi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan (contoh Pemandu Kenderaan Gred H11). Setiap pemohon juga hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja.

Seterusnya, pemohon perlu memuatnaik dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Gambar berukuran pasport terkini;
  • Sijii kelahiran;
  • Kad Pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg);
  • Sijil Berhenti Sekolah 5. Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Lesen Kenderaan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg).

 

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Pemohon yang tidak menerima maklum balas selepas 6 bulan tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 18 Jun 2024 (Selasa)

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

FINAS adalah sebuah agensi dan pihak berkuasa kerajaan yang diamanahkan dalam menerajui pembangunan industri perfileman Malaysia. Ditubuhkan secara rasmi sejak Jun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS telah diberi mandat sebagai sebuah agensi persekutuan dalam portfolio semasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan peranan penting untuk meningkatkan, memupuk dan memudahkan pembangunan industri perfileman Malaysia melalui strateginya.

FINAS  mempunyai misi untuk memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat antarabangsa; memperkasakan perkhidmatan dan kemudahan yang cekap dan berkesan; memperkasakan profesionalisme dalam kalangan pengiat industri dan meningkatkan sokongan, penontonan dan semangat mencintai filem tempatan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…