PTPTN

Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN): Gaji sehingga RM5,672

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Pusat Temu Duga & Penempatan : Pejabat Ptptn Negeri (Ppn) Johor
    • Pengkhususan : Khidmat Pelanggan/ Pentadbiran/Pengurusan/ Kewangan
    • Jadual Gaji : RM1,493 – RM5,672
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Pusat Temu Duga & Penempatan : Pejabat Ptptn Negeri (Ppn) Johor
    • Pengkhususan : Khidmat Pelanggan/ Pentadbiran/Pengurusan/ Kewangan
    • Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi PTPTN. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 15 JULAI 2024 (ISNIN).

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…