nafas

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS): Kelayakan minima Diploma

Pada ketika ini, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

EKSEKUTIF

  • Taraf Jawatan: Sepenuh Masa
  • Penempatan: Gurun, Kedah

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda/Diploma dalam bidang berkaitan/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  • Pengalaman melebihi 1 tahun di dalam bidang yang berkaitan.Keutamaan dalam bidang logistik/pengeluaran/pentadbiran;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
  • Bersedia untuk bekerja di Gurun, Kedah;
  • Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab untuk pesanan pembekalan, nota hantaran, jadual penghantaran, import & eksport bagi bahan mentah dan baja;
  • Menguruskan stok, kerja-kerja gudang, penghantaran dan pergerakan stok;
  • Menyediakan dan mengemaskini SOP mengenai perindustrian dan garis panduan yang berkaitan Import dan Eksport baja;
  • Melaksanakan komitmen dan kerjasama bersama pihak berkaitan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) seperti di hebahan rasmi dengan membuat pendaftaran di portal berkenaan.

Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Segala maklumat juga perlu benar, sahih dan tepat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah ditubuhkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein. Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang diseluruh negara.

Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan. Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Kemudian, seiring dengan perubahan diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.

Sehingga tahun 2019, NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh sebanyak 279 Pertubuhan Peladang Kawasan, yang dianggotai oleh 921,931 ahli peladang diseluruh negara melengkapkan struktur tiga peringkat pertubuhan peladang.

Selaras dengan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang, NAFAS telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian.

Kini, hasil daripada kecekapan dan kepakaran Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurusan, NAFAS telah berjaya memperkembangkan lagi sektor perniagaannya melalui anak syarikatnya iaitu NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd., NAFAS Jentera Sdn. Bhd., NAFAS Agri Services Sdn. Bhd., NAFAS Plastic Industries Sdn. Bhd., NAFAS Estates Sdn. Bhd., NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd., Malaysian NPK Fertilezer Sdn. Bhd., NAFAS Modal Insan Sdn. Bhd., NAFAS Taj Agro (M) Sdn. Bhd., Agro Edaran Sdn. Bhd., NAFAS Feedmills Sdn. Bhd., NAFAS Sialin Sdn. Bhd. dan P.T NAFASINDO.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT Dibayar Bulan Ini (November 2024): Maklumat bayaran untuk setiap kategori penerima

Bantuan BMT Dibayar Bulan Ini (November 2024): Maklumat bayaran untuk setiap kategori penerima

Kerajaan sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara, terutama ketika menghadapi situasi mencabar. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk…
RM200 dibayar bulan ini (November 2024): Ini jadual rasmi pembayaran Bantuan BMT

RM200 dibayar bulan ini (November 2024): Ini jadual rasmi pembayaran Bantuan BMT

Kerajaan sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin, terutama ketika berdepan dengan cabaran yang tidak dijangka seperti bencana…
Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA): Ambilan November 2024

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA): Ambilan November 2024

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…