Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM 5,701
- PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM 5,701
- PEMBANTU AWAM GRED H11
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
- PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT) GRED H11
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N41:RM2,080.00); Atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred N41:2,283.43);
- Hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
- Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred JA29:RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred JA29:RM1,549.00);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
- Sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred JA29:RM1,549.00); atau
- Sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred JA29:RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred JA29 :RM1,935.02)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PEMBANTU AWAM GRED H11
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT) GRED H11
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkemahiran untuk berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia. (Gaji Permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan MBMB (e-rekrut).
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 17 JUN 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.