nadi

Jawatan Kosong Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI): Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

PENOLONG PENGURUS

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM2,000/sebulan
  • Lokasi: NADI, Kg Peninjau Baru, Bau Sarawak

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunya Diploma yang diktiraf dalam bidang IT (keutamaan) dan dari pelbagai bidang;
  • Berumur antara 20 hingga 35 tahun dan keutamaan dlberikan kepada penduduk tempatan;
  • Berpengetahuan dalam pembangunan laman web/portal;
  • Berpengetahuan dalam bidang teknikal komputer (asas);
  • Berpengetahuan dalam bidang keusahawanan (asas);
  • Berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan usahawan;
  • Boleh berkerja dalam pengawasan yang minima;
  • Boleh bekerja lebih masa;
  • Boleh bekerja pada hujung minggu;
  • Bertanggungjawab dan berdikari;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasl yang baik.

Bidang Tugas

  • Memastikan semua peralatan di NADI dalam keadaan yang baik, berfungsi dan didak disalahgunakan;
  • Mengurus penyelenggaraan semua peralatan di NADI dengan merekodkan stok dan inventori setiap peralatan yang dibekalkan;
  • Merekod aktiviti kewangan yang berkaitan dengan urusan di NADI;
  • Membantu menyedia dan mengemukakan laporan kepada pihak ibu pejabat MSD mengikut jadual yang ditetapkan;
  • Memberi latihan ICT yang bersesuaian mengikut golongan sasaran dalam meningkatkan jumlah pengguna ke NADI;
  • Memberi latihan asas keusahawanan e-dagang kepada usahawan komuniti setempat untuk mengembangkan ekonomi secara digital;
  • Memuatnaik maklumat dan informasi setempat ke dalam portal;
  • Mengemaskini kandungan portal mengikut jadual yang ditetapkan;
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di pautan yang disediakan di hebahan rasmi.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan dibuka sehingga 02 Oktober 2024.

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Peranan NADI adalah

  • Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar;
  • Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar;
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

 

Fokus NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Oleh itu, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Mencari pekerjaan kini lebih mencabar dengan persaingan yang semakin meningkat. Namun, peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia untuk mencarinya.…
Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…