Jawatan Kosong PTPTN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong PTPTN

EKSEKUTIF OPERASI

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,700/sebulan
  • Cawangan: Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat, Johor

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM;
  • Keutamaan diberi kepada calon:
    • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
    • Perwatakan menarik;
    • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
    • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
    • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
    • Berkebolehan menganalisis dengan baik;
    • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
    • Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS).

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan mengisi borang permohonan seperti yang diberikan di hebahan rasmi. Setiap maklumat yang diberikan hendaklah lengkap, benar dan tepat.

Selain itu, calon juga boleh mengemukakan resume terkini ke kaunter Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat sebelum pukul 4.00 petang, 14 November 2025, Jumaat.

Calon yang berjaya dan melepasi saringan / pemilihan sahaja yang akan dihubungi melalui e-mel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat e-mel masih aktif dan boleh digunakan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan bagaimanapun akan ditolak sekiranya calon tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan atau maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.

Dimaklumkan bahawa calon yang tidak menerima sebarang jawapan tiga bulan selepas daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 16 NOVEMBER 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

PTPTN berfungsi untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman. Ia menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi. PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Objektif utama PTPTN adalah membuka peluang masa depan yang lebih cemerlang menerusi manfaat dan nilai tambah yang diperoleh daripada pendidikan tinggi.

Piagam pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah komited untuk menguruskan Skim Pinjaman Pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisma serta akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.

Ia merangkumi senarai berikut:

  • Memproses permohonan pinjaman yang lengkap dalam tempoh lima hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;
  • Memastikan pengeluaran pinjaman baharu dibuat tidak melebihi 20 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pinjaman yang sempurna diterima mengikut kelompok ditetapkan;
  • Memastikan pengeluaran pinjaman berikutnya dibuat tidak melebihi tujuh hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pinjaman;
  • Memproses permohonan pembukaan akaun Simpan SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;
  • Memproses permohonan pengeluaran/ penutupan akaun Simpan SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan
  • Memberi maklum balas segera ke atas semua pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh hari bekerja selepas pertanyaan dan aduan diterima.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…