Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
- Kumpulan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
- Penempatan: Menara PTPTN, Kuala Lumpur
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Keutamaan diberikan bagi pengalaman/kemahiran berikut:
- Berkebolehan membantu PTPTN dalam menetapkan peta perjalanan pelanggan (Customer Journey) di setiap customer touchpoints untuk meningkatkan kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan dan mengikut Best Industry Practice;
- Berkebolehan membantu mengenal pasti sasaran yang spesifik, seperti meningkatkan pengalaman pelanggan di titik-titik tertentu dalam perjalanan mereka;
- Berkebolehan mengenal pasti dan segmentasikan pelanggan;
- Berkebolehan menambahbaik titik sentuhan utama (touchpoints) di mana pelanggan berinteraksi dengan PTPTN seperti di myPTPTN, laman web, media sosial, pusat panggilan dan kaunter;
- Berkebolehan membantu mengenal pasti masalah atau kekurangan dalam perjalanan pelanggan yang boleh menghalang kepuasan pelanggan;
- Membantu menyediakan cadangan berdasarkan analisis data untuk meningkatkan pengalaman pelanggan;
- Sentiasa mengikuti perkembangan dalam industri dan trend tingkah laku pelanggan untuk memastikan PTPTN sentiasa mempunyai pemahaman yang mendalam tentang pelanggannya; dan
- Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkomitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.
Bidang Tugas
- Membantu PTPTN dalam menetapkan peta customer journey di setiap customer touchpoints untuk meningkatkan kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan dan mengikut best industry practice;
- Menambahbaik titik touchpoints bagi memudahkan pelanggan berinteraksi dengan PTPTN;
- Mengenal pasti masalah atau kekurangan yang boleh menghalang kepuasan pelanggan;
- Menyediakan cadangan berdasarkan analisis data untuk meningkatkan pengalaman pelanggan;
- Sentiasa mengikuti perkembangan dalam industri dan trend tingkah laku pelanggan PTPTN sentiasa mempunyai pemahaman yang mendalam tentang pelanggannya; dan
- Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkomitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan secara atas talian (online) di Sistem e-Jawatan PTPTN. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Sila pastikan maklumat e-mel dan nombor telefon adalah aktif. Dimaklumkan juga bahawa pegawai boleh diarah berkhidmat di Jabatan/Bahagian di Menara PTPTN atau Pejabat Cawangan PTPTN seluruh negara.
Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 14 OGOS 2024, RABU.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.