Pada ketika ini, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong RISDA
PERSONEL MySTEP (PEMBANTU TADBIR – PERKERANIAN/OPERASI)
- Kadar Upah : RM1,700/Bulan
- Penempatan : Bahagian Pentadbiran, Ibu Pejabat RISDA
- Tempoh Lantikan : September 2025 – Disember 2025
- Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit Serta Caruman KWSP dan PERKESO
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
- Mempunyai pengetahuan dalam bidang IT; dan
- Mempunyai sijil INSPEN (Sijil Penilaian Harta Tanah/ Sijil Pengurusan Harta Tanah).
Bidang Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohon hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon juga hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Permohonan dibuka sehingga 11 Ogos 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Maklumat Tambahan
RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973.
RISDA bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.
Fungsi utama RISDA adalah:
- Melaksana dasar dan program pembangunan;
- Menyelaras Skim yang diluluskan;
- Melaksana pembaharuan penyelidikan;
- Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;
- Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;
- Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;
- Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;
- Melibatkan diri dalam perdagangan getah;
- Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;
- Melaksanakan program latihan dan pendidikan;
- Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;
- Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;
- Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;
- Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi;
- Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan;
- Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana.
Misi RISDA adalah Memacu Masyarakat Pekebun Kecil Makmur Daripada Sumber Komoditi dan Hasil Baharu Berlandaskan Revolusi Perindustrian Digital serta Teknologi Hijau. Visi RISDA pula adalah Menjadi Agensi Peneraju yang Berdaya Maju Untuk Kemajuan Pekebun Kecil.
Dasar kualiti RISDA ialah ia komited untuk memberi perkhidmatan mengurus Bantuan Program Tanam Semula dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pekebun kecil selaras dengan Piagam Pelanggan RISDA dan penambahbaikan berterusan berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 :2015.
Objektif kualiti RISDA – komited untuk memberi perkhidmatan mengurus Bantuan Program Tanam Semula dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pekebun kecil selaras dengan Piagam Pelanggan RISDA dan penambahbaikan berterusan berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 :2015.