Pada ketika ini, Risda Security Services Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Risda Security Services Sdn Bhd
EKSEKUTIF GRED 4
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,842 – RM5,353
- Penempatan: Pengurusan Cawangan Timur (Pejabat Risda Security Services Sdn Bhd Pahang)
Syarat-Syarat Kelayakan
- Terbuka untuk calon lelaki/ wanita;
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun;
- Merniliki kelayakan sekurangnya Diploma Facility Management;
- Mempunyai pengalaman dan berpengetahuan sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuadibuat secara bersurat dengan menyertakan resume, salinan kad pengenalan. sijil lahir, salinan sijil akedemik, sekeping gambar berukuran saiz pasport serta dokumen-dokumen yang berkaitan ke alamat:
Ketua Pegawai Eksekutif, RISDA Security and Services Sdn. Bhd. Tingkat 13, Menara A. Jalan Ampang Ulu 3, 55000 Kuala Lumpur
emohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Oktober 2024 (Jumaat).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Risda Security Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Kumpulan RISDA Holdings (KRH) dibawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.
Misinya adalah bagi Menyediakan Khidmat Kawalan Keselamatan; Pengurusan Harta; Pengurusan Majlis dan Dagangan Am yang lebih komited dan berinovasi demi kepuasan pelanggan.
Objektif syarikat ini pula merangkumi:
- Mengoptimumkan keupayaan kakitangan.
- Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang berdisiplin, dipercayai, mematuhi undang-undang dan peraturan terkini.
- Meningkatkan kecekapan Pengurusan dan Pembangunan Hartanah RISDA bagi memastikan pulangan yang maksimum.
- Menyediakan perkhidmatan Pengurusan Majlis yang berkualiti dan berinovasi.
- Memperkenal dan memperluas produk sendiri dan usahawan bagi membantu menaik taraf hidup pekebun kecil.
RISDA pula merujuk kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah iaitu sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973.
RISDA bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.
Fungsi RISDA adalah:
- Melaksana dasar dan program pembangunan;
- Menyelaras Skim yang diluluskan;
- Melaksana pembaharuan penyelidikan;
- Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;
- Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;
- Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;
- Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;
- Melibatkan diri dalam perdagangan getah;
- Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;
- Melaksanakan program latihan dan pendidikan;
- Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;
- Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;
- Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;
- Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi.