Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM)
PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1
- Gred: KP1
- Kategori: Bukan Akademik
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau;
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur. membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 bingga 26; mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata: Rengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar
Bidang Tugas
- Aspek Kawalan Pergerakan Warga Kampus, Pelawat dan Pekerja Kontrak
- Mendaftar, mengeluar dan memeriksa pas keselamatan/ kad pengenalan jabatan kepada warga kampus, pelawat dan pekerja kontrak;
- Melaksanakan kawalan keselamatan di dalam aspek dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan;
- Memastikan semua warga kampus, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki kampus memakai kad kampus/ pelawat/ pas pekerja sementara pada setiap masa.
- Aspek Kawalan Meliputi Fizikal dan Personel
- Merekod dalam buku daftar kunci, kunci-kunci pintu masuk utama bangunan dan premis di bawah kawalan sentiasa dalam keadaan baik dan disimpan dengan selamat.
- Membantu mengurus permohonan dan penyimpanan kunci-kunci pendua.
- Membuat rondaan/ pemeriksaan bagi memantau pengawal keselamatan di dalam kawasan dan luar bangunan/ premis dan membuat catatan rondaan/ pemeriksaan yang dijalankan di dalam buku laporan harian.
- Memastikan semua peralatan dan kelengkapan sistem keselamatan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan.
- Melaporkan kerosakan peralatan/ kelengkapan/ sistem keselamatan dan lain-lain kemudahan di dalam kawasan bangunan/ premis kepada pegawai yang bertanggungjawab.
- Membuat pemantauan keselamatan ke atas pergerakan keluar/ masuk sepanjang masa.
- Memastikan undang-undang, peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan dikuatkuasakan dan dipatuhi.
- Melaporkan semua pelanggaran keselamatan dan perkara-perkara yang mencurigakan kepada pegawai yang bertanggungjawab.
- Aspek Kawalan Keselamatan Lalulintas
- Memantau dan menyelia kawalan keselamatan pergerakan akses kenderaan serta memastikan kelancaran pergerakan lalulintas kenderaan di dalam kampus.
- Memastikan kenderaan diletakkan secara teratur di kawasan-kawasan meletak kenderaan yang dibenarkan.
- Memastikan sebarang insiden yang berlaku dalam kawasan dilaporkan dan membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan lalulintas dalam kawasan kampus.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan secara atas talian (online) di UM Career Portal. Colon hendaklah memohon jawatan selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Segala maklumat juga perlu benar, sahih dan tepat.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tarikh tutup permohonan pada 31 DISEMBER 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.