Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan PROLINTAS
POLIS BANTUAN (PERONDA LEBUHRAYA)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,600 – RM2,400
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Diploma / STPM / SPM atau kelayakan yang setaraf. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah;
- Sedia bertugas di dalam waktu tiga syif dan sanggup bekerja lebih masa;
- Tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu E dan GDL yang sah;
- Diwajibkan untuk menghadiri latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selama 63 hari;
- Pemohon yang mempunyai kemahiran asas penyelenggaraan kenderaan digalakkan untuk memohon jawatan ini;
- Memiliki personaliti yang baik dan boleh berkomunikasi dengan baik, amanah, bertanggungjawab, tegas, berintegriti dan berdisiplin;
- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh temuduga.
- Kelayakan Fizikal:
- L.elaki: Tinggi sekurang-kurangnya 162cm dan berat 50kg;
- Wanita: Tinggi sekurang-kurangnya 152 cm dan berat 48kg;
- Tiada masalah penglihatan (rabun jauh / dekat / warna) dan masalah kesihatan (mental / fizikal) serta kecacatan anggota.
Kod Etika Pemakaian Semasa Temuduga
Calon-calon yang hadir bagi tujuan temuduga hendaklah berpakaian kemas dengan memakai kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack berwarna hitam dan kasut pejabat. Mereka juga dikehendaki membawa kemeja-T, seluar sukan (panjang & berwarna gelap) dan kasut sukan bagi tujuan ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.
Berikut adalah maklumat tambahan:
- Calon-calon hendaklah berada dalam keadaan sihat tubuh badan dan di dalam keadaan yang bersedia semasa menjalani ujian kecergasan;
- Pihak PROLINTAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau apa-apa kesan selepas menjalani ujian kecergasan;
- Hanya calon-calon yang hadir sebelum jam 9.00 pagi sahaja dibenarkan menghadiri sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan;
- Calon-calon yang lulus sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan akan menghadiri sesi temuduga pada hari yang sama jika melepasi syarat – syarat yang ditetapkan oleh pihak PDRM;
- Calon-calon yang mempunyai Sijil Kursus Asas Polis Bantuan atau Sijil Pelantikan Polis Bantuan digalakkan untuk memohon jawatan ini;
- Hanya calon-calon yang memenuhi dan melepasi syarat-syarat fizikal dan akademik yang ditetapkan sahaja akan ditemuduga.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd atau ‘PROLINTAS’ telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun 1995. Ia telah terlibat secara intrinsik dalam pembinaan negara sejak awal lagi.
Melalui anak syarikatnya, PROLINTAS telah mereka bentuk, membina, mengendali dan menyelenggara lebuh raya penting yang digunakan oleh berpuluh juta pengguna jalan raya setiap tahun. Lebuh raya itu termasuklah AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK.