Jabatan Pendaftaran

Jawatan kosong Sektor Kerajaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Gaji RM1,500 – RM2,499

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

  1. PENOLONG PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  2. PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK (COPYWRITER & EDITOR)
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499

Syarat-syarat Kelayakan

  1. PENOLONG PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat Diploma atau setaraf.
  2. PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK (COPYWRITER & EDITOR)
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.

Bidang Tugas

  1. PENOLONG PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK
    • Membantu menyediakan bahan-bahan bertulis yang berkaitan dengan JPN seperti rencana untuk siaran dalaman dan luaran;
    • Membantu menyelaras Laporan Tahunan JPN dan Coffee Table Book;
    • Membantu melakukan kajian bagi penerbitan bahan bacaan yang berkaitan JPN;
    • Membantu menyelia siaran media dan skrip bagi bahan-bahan media publisiti.
  2. PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK (COPYWRITER & EDITOR)
    • Menghasilkan Grafik dan Video Jabatan Pendaftaran Negara;
    • Perancangan kandungan kreatif JPN keseluruhanya;
    • Menghasilkan poster dan Infografik.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 12 OGOS 2024, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

JPN ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan. Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.

Semenjak penubuhannya, JPN telah berpindah ke beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pada 1958, Ibu Pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk menampung pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang meningkat.

Selepas beberapa tahun, Ibu Pejabat JPN sekali lagi berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan kekal di sini sehingga sekarang. Mulai Disember 2004, Ibu Pejabat JPN ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Fungsi-fungsi utama jawatan ini adalah meneraju fungsi utama dalam mendaftar, menyimpan, menyelenggara rekod-rekod pengenalan diri penduduk Malaysia; mengeluarkan sijil pendaftaran awam seperti sijil kelahiran, Sijil Daftar Perkahwinan, Kad Pengenalan, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Kematian dan cabutan Daftar rekod dan penguatkuasa dalam menguatkuasakan akta, Ordinan dan Peraturan Pendaftaran.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…