Tabung Haji

Jawatan Kosong Tabung Haji, ambilan Oktober 2024: Syarat-syarat & Cara memohon

Pada ketika ini, Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Tabung Haji (TH)

PENGANALISIS EKUITI

  • Penempatan: Semenanjung Malaysia

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Kelayakan akademik: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan / ACCA / Bidang Pengajian Lain yang Berkenaan;
  • Pengalaman diperlukan: 5 hingga 7 tahun;
  • Kemahiran dan pengetahuan:
    • Kemahiran yang tinggi di dalam penyelidikan ekuiti.
    • Kemahiran yang tinggi di dalam menggunakan perisian Microsoft Office dan applikasi Bloomberg.
    • Kemahiran yang tinggi di dalam penulisan laporan penyelidikan ekuiti di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Perniagaan.
    • Kemahiran yang tinggi di dalam penyampaian secara lisan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Perniagaan.
    • Kemahiran interpersonal dan kerjasama berpasukan yang baik.
    • Pengetahuan khusus sektor-sektor pelaburan tempatan / antarabangsa.
    • Pengetahuan yang tinggi dalam analisa penyata kewangan.
    • Pengetahuan yang baik berkenaan applikasi ESG di dalam penyelidikan pelaburan.
  • Latihan:
    • Pengucapan awam yang berkesan (impactful public speaking) (latihan dalam perkhidmatan).
    • Kefahaman dan aplikasi standard perakaunan semasa.
    • Pengurusan dana.
    • Forensik Perakaunan.

Bidang Tugas

  • Penganalisa Ekuiti adalah subject matter expert bagi sektor-sektor pelaburan yang ditetapkan dan bertanggungjawab menganalisa dan membuat cadangan pelaburan di dalam ekuiti tempatan dan/atau antarabangsa;
  • Penyandang bertanggungjawab dalam menyediakan dan menyelenggara model kewangan, pangkalan data, unjuran, pandangan dan cadangan peringkat makro, industri dan syarikat-syarikat tersenarai;
  • Penyandang juga bertanggungjawab memantau perkembangan dan prestasi peringkat makro, industri dan syarikat-syarikat tersenarai termasuklah perihal urus tadbir syarikat-syarikat tersenarai dalam semua aspek terutamanya kepatuhan Shariah, ESG dan hala tuju perniagaan;
  • Penyandang juga bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian / Penganalisa Ekuiti Kanan di dalam urusan-urusan penyelidikan dan pentadbiran Bahagian.

Cara Memohon Jawatan Kosong Tabung Haji

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Career Tabung Haji.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 28 Oktober 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah institusi yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendepositnya.

Aktiviti utama Tabung Haji ialah pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Tabung Haji bertekad untuk menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dan rekodnya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif.

Pada ketika ini, Tabung Haji mempunyai sekitar 9 juta pendeposit dengan 107 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara. Tabung Haji juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.

Misi utama Tabung Haji adalah:

  • Memperkasa Ekonomi Ummah;
  • Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global dan Lokal bagi Pertumbuhan Berterusan;
  • Menggembleng dan Memperkaya Modal Pendeposit;
  • Memberi Perkhidmatan Cemerlang yang Berterusan;
  • Memudah dan Menyempurnakan Urusan Jemaah ke Arah Haji Mabrur;
  • Memberi Pulangan yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas: Cara memohon

Bantuan RM600 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas: Cara memohon

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui agensi dan jabatannya. Bantuan-bantuan itu termasuklah yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat…
Peluang Kerjaya di PUSPAKOM, ambilan Oktober/November 2024: Taraf jawatan tetap

Peluang Kerjaya di PUSPAKOM, ambilan Oktober/November 2024: Taraf jawatan tetap

Pada ketika ini, Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Bantuan Am Persekutuan dinaikkan kepada RM500: Berikut syarat-syarat & Cara memohonnya

Bantuan Am Persekutuan dinaikkan kepada RM500: Berikut syarat-syarat & Cara memohonnya

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewanga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di…