tekun

Jawatan kosong TEKUN Nasional: Minima SPM & Gaji sehingga RM1,999 ditawarkan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, TEKUN Nasional kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan TEKUN Nasional

  1. PEMBANTU PEGAWAI (SAMBILAN)
    • Taraf Jawatan: Sementara
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  2. JURUTEKNIK PENGHAWA DINGIN / AIRCOND
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999

Syarat-syarat Kelayakan

PEMBANTU PEGAWAI (SAMBILAN)

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Wajib Kredit Bahasa Melayu dan lulus Matematik;
  • Berumur 22 tahun ke atas hingga 45 tahun sahaja;
  • Mempunyai lesen memandu (B2 atau D);
  • Seorang yang aktif;
  • Boleh kerja secara berkumpulan dan individu.

JURUTEKNIK PENGHAWA DINGIN / AIRCOND

  • Berumur tidak kurang 22 – 45 tahun;
  • Lulus SPM atau setaraf dengannya;
  • Mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan lulus Matematik & Bahasa Inggeris;
  • Mempunyai Sijil Kemahiran dalam bidang berkaitan;
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan teknikal bagi menservice, membaiki dan selian penghawa dingin di Ibu Pejabat;
  • Mempunyai pengetahuan asas penggunaan komputer.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 06 Julai 2024.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

TEKUN Nasional pada asalnya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional dan merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ia diwujudkan pada 9 November 1998 dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Pada ketika ini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana (executing agency) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.

Objektif utamanya pula adalah:

  • Menyediakan pembiayaan mikro yang mudah, cepat dan mesra usahawan
  • Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada usahawan tekun.
  • Mewujudkan komuniti dan jaringan usahawan.
  • Memupuk budaya keusahawanan dan menabung di kalangan usahawan
  • Memastikan pinjaman yang dikeluarkan dapat dikutip semula mengikut jadual agar dapat disalurkan semula kepada usahawan lain

 

Piagam pelanggan TEKUN Nasional pula adalah seperti berikut:

  • Mengamalkan nilai-nilai murni, berintegriti dan mesra pelanggan semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan TEKUN.
  • Memproses dan meluluskan permohonan pembiayaan dalam tempoh 10 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap.
  • Memberi maklumbalas terhadap pertanyaan dan akuan penerimaan aduan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam. Menyelesaikan aduan dalam tempoh tiga hari bekerja.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…