Jawatan Kosong TNB

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong TNB

PEMBANTU KESELAMATAN (KONSTABLE POLIS BANTUAN)

  • Gaji Pokok : RM1,700 sebulan
  • Elaun Khidmat Sokongan : RM80 sebulan
  • Elaun Pengangkutan : RM400 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Dobi : RM62 sebulan
  • Taraf Jawatan : Tetap

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB;
  • Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup;
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan kelayakan minima lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah. ATAU
    • Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM), mempunyai Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya gred C), mempunyai Purata Nilai Kumulatif Akademik (sekurang-kurangnya 2.00), Purata Nilai Kumulatif Vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) Dan SKM Tahap 2.

Syarat-Syarat Kelayakan Khusus

  • Ketinggian minima 168cm tanpa sepatu;
  • Berat badan sekurang kurangnya 54kg;
  • Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm semasa menarik nafas;
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental;
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
  • Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D yang sah dan tidak disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu kelebihan.

Bidang Tugas

  • Menguatkuasakan undang-undang / arahan kepolisan serta peraturan / prosidur TNB bagi penempatan yang dipertanggungjawabkan dengan melaksanakan arahan-arahan serta garispanduan yang diberikan bagi tujuan pemantauan keselamatan terhadap instalasi dan premis TNB yang meliputi juga Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298), Arahan Keselamatan dan Arahan Tetap Sasaran Penting;
  • Pematuhan undang-undang serta peraturan kepolisan (Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602), disiplin dan integriti yang tinggi;
  • Melihat dan memeriksa kejanggalan dan tahap risiko tempat dikawal dan tidak dikawal;
  • Memberi khidmat nasihat bercorak teknikal kepada Bahagian/Jabatan/Unit di dalam kawasan yang dipertanggungjawabkan berkaitan hal-ehwal Keselamatan;
  • Melaksanakan jadual tugasan harian anggota kerja Polis Bantuan yang ditetapkan;
  • Membuat pemeriksaan berkesan di laluan-laluan rondaan yang dan mematuhi jadual kawasan rondaan yang ditetapkan;
  • Memberi perkhidmatan dan layanan yang berkualiti dan selesa kepada pengguna/pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan TNB;
  • Menjawab pertanyaan dan panggilan telefon dengan sopan serta menyampaikan maklumat yang tepat;
  • Menjaga kebersihan kenderaan serta menjaga peralatan – peralatan dalam keadaan baik yang dibekalkan oleh pihak TNB;
  • Mematuhi dan melaksanakan arahan – arahan lain DARI MASA KE SEMASA yang tidak dinyatakan didalam perintah ini yang diarahkan oleh pegawai atasan TNB;
  • Membuat laporan (station diari/sitrep) dan majukan kepada penyelia pada setiap giliran.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Jobs TNB dengan mendaftar dan mengisi borang permohonan. Setiap maklumat yang diberikan hendaklah lengkap, benar dan tepat.

Dimaklumkan bahawa sebarang permohonan tanpa melalui pautan atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan. Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.

Tarikh tutup permohonan pada 23 NOVEMBER 2025 (AHAD).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi –DI SINI.

Maklumat Tambahan

Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB adalah sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia, yang beribu pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur.Ia ditubuhkan pada tahun 1990 melalui Penswastaan Lembaga Letrik Negara (LLN), aset perniagaannya dianggarkan sejumlah RM 99.03 bilion. Bilangan pelanggannya meningkat sebanyak 8.4 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia (kecuali Sarawak) dan timur negeri Sabah melalui Sabah Electricity.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. TNB juga merupakan pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV. TNB melalui anak-anak syarikatnya juga terlibat dalam pembuatan alat ubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…