Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Jabatan Kehakiman Syariah
PEMBANTU SYARIAH – GRED LS19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Perundangan dan Kehakiman
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,355 – RM4,007
- Kenaikan Tahunan: RM100
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal e-Recruitment Sarawak.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 31 MEI 2023, RABU.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk – DI SINI.