Jawatan kosong terkini di Kementerian Pembangunan Luar Bandar: Gaji RM2,000/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI MEDIA / PEGAWAI BERITA 

  • Program: Personel MySTEP
  • Gaji: RM2,000/sebulan
  • Tempoh perkhidmatan: 6 bulan (minimum) sehingga Disember 2022
  • Penempatan: KPLB, Putrajaya
  • Kemudahan: Cuti sakit, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah atau setaraf;
  • Mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, menganalisa berita dan isu semasa, mampu menghasilkan penulisan kreatif dalam media sosial dan penulisan berita serta laporan;
  • Mampu berkomunikasi dengan baik dan berdisiplin;
  • Mampu bekerja di luar kawasan dan boleh melaksanakan tugas dengan pengawasan serta arahan minimum;
  • Mempunyai peranti/komputer riba persendirian untuk tujuan kerja;
  • Bersedia untuk bekerja pada bila-bila masa atau hujung minggi sekiranya diperlukan.

 

Cara Memohon

Kepada mereka yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan:

  • Resume;
  • Gambar berukuran pasport;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan sijil akademik;
  • Contoh hasil kerja (sekiranya ada).

 

ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala, calon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan jawatan, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 04 JANUARI 2022, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…