Jawatan kosong terkini dibuka di PUSPAKOM ~ Tawaran gaji dari RM1,250 hingga RM2,200

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, PUSPAKOM Sdn Bhd kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. KERANI
    1. Taraf jawatan: Kontrak
    2. Penempatan: PUSPAKOM Mak Mandin, Pulau Pinang.
    3. Gaji: RM1,250
  2. JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN
    1. Taraf jawatan: Kontrak
    2. Penempatan: PUSPAKOM Padang Jawa, Selangor.
    3. Gaji: RM1,400 – RM2,200

Syarat-syarat Kelayakan

KERANI 

  • Memegang Diploma dari institusi yang diiktiraf atau;
  • Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang pentadbiran dan pengkeranian;
  • Mahir menggunakan sistem CAVIS;
  • Boleh bekerja lebih masa;
  • Seorang yang berdisiplin, berdedikasi, tekun dan amanah.

 

JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN

  • Memiliki sekurangnya Diploma Kejuruteraan Mekanikal/Elektrik atau setaraf;
  • Memiliki 2 ke 3 tahun pengalaman Juruteknik Penyelenggaraan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin memohon kekosongan jawatan yang dibuka, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dilihat DI SINI.

Permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik pada ‘Apply Now’ di jawatan yang ditawarkan.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…