ukm

Jawatan kosong terkini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Gaji sehingga RM5,672

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pusat Pengurusan Penjanaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan UKM

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  • Kenaikan Tahunan: RM145

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukan dengan menghantar resume lengkap ke alamat e-mel: [email protected]

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 25 MAC 2024, ISNIN (JAM 5 PETANG).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…