Pengambilan Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Gaji Dari RM1,499 – RM5,679

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini sedang membuka lebih 40 kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

Penolong Pegawai Kebudayaan

  • Gaji: RM1,499 – RM5,679

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).

Cara Memohon Jawatan

Kepada yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dilihat – DI SINI.

Permohonan juga boleh dibuat di portal berikut: https://penang.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/38-hebahan-pelajar/485-pentadbiran-iklan-jawatan-kosong-akademik-4?Itemid=101

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…