Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- JURU X-RAY – U41
- Gaji: RM2,429 – RM9,656
- JURURAWAT – U32
- Gaji: RM2,331 – RM6,394
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
- Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN – C29
- Gaji: RM1,505 – RM5,696
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN – U29
- Gaji: RM1,797 – RM5,753
- PENOLONG AKAUNTAN – W29
- Gaji: RM1,498 – RM5,678
- PENOLONG JURUTERA – JA29
- Gaji: RM1,549 -RM5,701
- PENJAGA JENTERA ELEKTRIK – J19
- Gaji: RM1,377 – RM4,052
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem eJawatan UniSZA. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 24 JUN 2022, JUMAAT.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.