ukm

Jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Gaji permulaan RM2,289.73 – RM3,070.00

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  1. GURU BAHASA DG41
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Gaji Permulaan: RM2,289.73
  2. PENSYARAH UNIVERSITI DS51
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Gaji Permulaan: RM3,070.00

Syarat-syarat Kelayakan

GURU BAHASA DG41

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PENSYARAH UNIVERSITI DS51

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
    • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Kelayakan Perubatan Veterinar yang berdaftar sebagai Doktor Veterinar di bawah Jadual II Bahagian I, Akta Doktor Veterinar 1974 dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Kerjaya@UKM. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 19 MEI 2024 (AHAD).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk pembelajaran dan keilmuan. Bermula dengan hanya tiga fakulti, UKM telah berkembang pesat dan kini mempunyai 13 fakulti, 13 institut penyelidikan dan dua entiti komersial iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd dan UKM Technology Sdn. Bhd.

UKM bukan sahaja telah berkembang dari segi saiz, ia juga kini tersohor sebagai sebuah institusi penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk mengoperasikan pelbagai pusat penyelidikan.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…