universiti malaya

Jawatan kosong Universiti Malaya (UM): Kelayakan STPM/Diploma, Gaji sehingga RM5,672

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Malaya (UM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM)

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

  • Kategori: Bukan Akademik
  • Gaji: RM1,493 – RM5,672

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Merancang, membangunkan dan memantau pengoperasian PPDK bagi membolehkan agensi menjalankan fungsi ke arah yang lebih bersistematik dan memastikan operasi harian di PPDK berjalan dengan lancar.

  • Pengurusan perancangan operasi PPDK agar lebih terancang dan dapat dilaksanakan dengan lebih baik;
  • Pentadbiran urusan kewangan PPDK bagi memastikan pengoperasian premis;
  • Penyeliaan dan pengurusan sumber manusia (tenaga kerja) di PPDK bagi memastikan kesegeraan tugasan dapat dilaksanakan dengan cekap;
  • Pembangunan modul/ kokurikulum dan keperluan pengajaran yang konfrehansif serta pemantauan aktiviti terapi pemulihan bagi membolehkan pelatih PPDK mencapai hasil pembelajaran yang positif;
  • Pemantauan dan penguatkuasaan untuk mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan mencapai pada tahap yang maksima;
  • Pentadbiran mesyuarat berkaitan pengurusan PPDK bagi membolehkan isu-isu yang berkaitan PPDK dapat dibawa untuk kelulusan jawatankuasa perlaksana PPDK atau pengurusan universiti;
  • Pengurusan penyediaan rancangan menu makanan di di PPDK mengikut spesifikasi dan standard garis panduan yang telah dikeluarkan oleh JKM dilaksanakan dan dipatuhi dengan baik.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Universiti Malaya Career Portal.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 20 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT).

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan.  Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Universiti Malaya (UM) ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 hasil gabungan di antara King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1928). Universiti Malaya pada ketika itu memainkan peranan utama di dalam melahirkan modal insan yang mahir dan terlatih dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura dan kemudiannya Malaysia.

Perkembangan pesat Universiti Malaya dalam dekad yang pertama membawa kepada penubuhan dua cawangan autonomi pada tahun 1956; satu di Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur.

Dengan kelulusan Akta Parlimen 1961, Universiti Malaya seperti yang dikenali sekarang telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1962 sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama di negara ini. Sejak penubuhannya, Universiti Malaya telah mengeluarkan lebih 115,000 graduan di peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi dalam pelbagai bidang pengkhususan.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…