Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)
PEGAWAI EKSEKUTIF N5
- Skim Perkhidmatan: Penolong Pegawai Tadbir
- Jadual Gaji: RM1,650 – RM6,620
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi n Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2006) dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan (yang disahkan) berikut:
- Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
- Sijil Tamat Persekolahan;
- Sijil SRP/PMR/PT3, MCE/SPM, HSC/STPM atau setaraf;
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci) jika berkaitan;
- Sijil Pos Basik (jawatan Jururawat sahaja);
- Semakan Pengiktirafan Kelayakan Akademik dari MQA;
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman/kerja/penetapan gaji;
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).
Nama Jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO.TEL: 082-677 200/677 000
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sebuah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini yang merangkumi 34 kampus, 4 kolej pengajian, 14 fakulti dan 9 pusat akademik di seluruh negara.
UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD, serta Program Profesional. UiTM sentiasa meluaskan akses pendidikan tinggi dan memainkan peranannya dalam pembinaan negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan.
Antara pencapaian terhebat, UiTM berada pada kedudukan =587 dalam QS World University Rankings 2025, kedudukan ke-101 dalam QS Asia University Rankings 2025, serta pada kedudukan dalam =599 dalam QS World University Rankings: Sustainability 2024, ke-151 di Asia dan ke-13 di Malaysia.
Dengan lebih daripada 770,000 alumni dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan, UiTM menawarkan peluang dalam membentuk pemimpin pada peringkat kebangsaan, industri dan global bagi mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025.
Falsafah UiTM pula adalah setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.