uitm

Banyak jawatan kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2024: Gaji RM3,070 – RM20,592

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  1. PROFESOR VK7
    • Jadual Gaji: RM7,676 – RM20,592
  2. PROFESOR MADYA DM53
    • Jadual Gaji: RM6,162 – RM13,235
  3. PENSYARAH KANAN DM51
    • Jadual Gaji: RM5,855 – RM12,445
  4. PENSYARAH DM45
    • Jadual Gaji: RM3,070 – RM11,095

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik seperti mana yang ditetapkan dihebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Jawatan UiTM

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem ePengambilan staf – ePCNS UiTM. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem pengambilan dengan bayaran RM10 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Sekiranya calon terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut sususan berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil PT3/PMR, SPM/MCE, HCE/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  • Dokumen berkaitan dengan jawatan yang dipohon

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor, calon hendaklah:

  • Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

 

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 04 OGOS 2024, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan (DI SINI) dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

UiTM Johor memulakan sejarah dengan kampus pertama terletak di Bukit Siput dan telah dirasmikan pada tahun 1983. Dua tahun kemudian, cawangan itu berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa di Segamat Baru. Menjelang tahun 1990, kampus dibangunkan di tanah kurniaan pemerintah negeri di KM12, Jalan Muar-Segamat. Kini UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat terus tersegam indah di lokasi tersebut.

Visi UiTM adalah bagi menjadikan sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan. Misinya pula adalah menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

Nilai-nilainya adalah seperti berikut:

  • Kecemerlangan: Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh
  • Sinergi: Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat
  • Integriti: Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…