uitm

Jawatan kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan gaji sehingga RM4,052: Ambilan Jun 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Jadual Gaji: RM1,377 – RM4,052

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19 : RM1,377.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19 : RM1,435.12); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19 : RM1,493.24).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi di  laman sesawang UiTM Cawangan Pahang atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang.

Borang yang lengkap perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Salinan tamat persekolahan sekolah rendah / sijil UPSR;
  • Salinan tamat persekolahan menengah rendah SRP / PMR;
  • Salinan Sijil PMR/SPM / STPM atau setaraf;
  • Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD beserta Transkrip dan Skrol;
  • Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji.

 

Permohonan kemudiannya perlu dihantar ke alamat (pemohon hendaklah menulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan):

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Tarikh tutup permohonan pada 6 Jun 2024 (Khamis)

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang yang nama asalnya Institut Teknologi MARA (ITM) pada awalnya terletak di Kuantan yang dikenali sebagai Kampus Kota Kuantan. Pada awalnya hanya terdapat tiga program pengajian dijalankan iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pengurusan Bank dengan seramai 225 orang pelajar.

Pada tahun 1986, sebanyak 6 lagi program pengajian ditambah iaitu Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Sains Komputer, Diploma Sains Kesetiausahaan, Diploma Sains, Diploma Pengurusan Ladang dan Pra-Kejuruteraan yang menjadikan jumlah pelajar seramai 1143. Pada ketika itu, terdapat 55 kakitangan akademik, 44 orang kakitangan pentadbiran dan 35 kakitangan pekerja harian di kampus cawangan ini. Pada tahun 1993, setelah Kampus Jengka mula beroperasi hanya tinggal 12 orang kakitangan akademik dan 26 orang kakitangan pentadbiran bertugas di Kampus Kuantan.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…