Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)
PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
- Kumpulan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan) (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549); atau
- Sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549); atau
- Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
- Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan, surihan, penyediaan lukisan ilustrasi, penyediaan pelan dan dokumentasi, pemantauan, pemuliharaan landskap, penyelidikan dan pengurusan;
- Melaksanakan kerja-kerja pengumpulan maklumat untuk perancangan dan reka bentuk projek pembangunan landskap;
- Menyediakan cadangan reka bentuk, pelan-pelan konsep dan laporan cadangan kos projek-projek pembangunan landskap;
- Melaksanakan pembinaan projek pembangunan landskap dan menyedia program pembangunan rekreasi;
- Melaksanakan kerja-kerja pemantauan penggunaan dan penguatkuasaan dasar, akta, garis panduan dan peraturan berhubung dengan landskap.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan UiTM Cawangan Kelantan secara lengkap. Borang perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen (disahkan) berikut:
- Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa;
- Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa;
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf;
- Diploma (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik;
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji;
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan.
Sila kemukakan Borang Perjawatan UiTM dan salinan permohonan (PDF) melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi. Borang dan dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya pemohon- pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Pemohon – pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam atau Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.
Pemohon juga hanya boleh memohon satu jawatan yang diiklankan sahaja.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.