Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Jabatan Perangkaan Malaysia
PERSONEL MYSTEP (PMS) E19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,700/sebulan
- Manfaat: Caruman KWSP & Caruman PERKESO
- Penempatan: Pejabat Operasi Langkawi, A-1-4 Dermaga Tanjung Lembung, 07000, Langkawi, Kedah.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon hendaklah familiar dengan kawasan tempatan dan boleh bertutur serta mentahami bahasa komuniti setempat;
- Keutamaan kepada calon yang memiliki lesen memandu dan pengangkutan sendiri khususnya di kawasan luar bandar;
- Berkemahiran berkomunikasi dengan orang ramai.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menghantar resume ke alamat e-mel: po.langkawi@dosm.gov.my. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Tarikh tutup permohonan pada 16 MEI 2024 (KHAMIS).
Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Kementerian Ekonomi adalah sebuah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan negara. Kementerian ini bermula pada 24 April 1956 dengan penubuhan Sekretariat Ekonomi kepada Jawatankuasa Ekonomi Majlis Eksekutif Persekutuan (Economic Committee of Federal Executive Council).
Sekretariat Ekonomi telah disusun semula menjadi UPE pada tahun 1961 dan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri. Bermula pada tahun 1970, UPE diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dengan Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong dilantik sebagai Ketua Pengarah pertama.
Kementerian Ekonomi turut telah melalui beberapa proses pengukuhan fungsinya bagi memantapkan peranan UPE dalam perancangan pembangunan sosioekonomi negara. Ini termasuk penyusunan semula struktur organisasinya pada tahun 2007 yang telah mengkhususkan bidang perancangan kepada dua sektor, iaitu perancangan makro dan perancangan sektoral. Pada tahun 2009, Seksyen Penswastaan dan Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI) UPE telah dipindahkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), iaitu satu agensi baharu di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Manakala, Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada ketika itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.
Menjelang tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965. Fungsi dan peranannya juga telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial.
Jabatan ini merupakan agensi utama kerajaan yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.