Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
- PEGAWAI INTERVENSI (GURU TADIKA)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 3
- Gaji dan Faedah:
- Gaji yang menarik;
- Faedah perubatan di klinik panel;
- Skim insurans perubatan dan insurans hayat disediakan
- PEMBANTU PEGAWAI INTERVENSI (PEMBANTU GURU TADIKA)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 4
- Gaji dan Faedah:
- Gaji yang menarik;
- Faedah perubatan di klinik panel;
- Skim insurans perubatan dan insurans hayat disediakan
Syarat-syarat Kelayakan
- PEGAWAI INTERVENSI (GURU TADIKA)
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki Diploma/Ijazah di dalam Juruterapi Cara Kerja/Pendidikan Awal Kanak-Kanak /Pendidikan Khas/Pendidikan/ Psikologi/ atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan;
- Pengalaman 2 tahun sebagai Guru Pra Sekolah/Pendidikan Khas/Shadow-Aid Teacher atau peranan yang berkaitan;
- Berpengetahuan mengenai intervensi awal, strategi pengajaran dan metodologi pendidikan yang terkini;
- Berpengalaman bekerja dengan Murid Berkeperluan Khas;
- Kemahiran untuk merancang dan melaksanakan IEP;
- Keperibadian yang sabar, optimistik, kreatif, dan berdaya tahan;
- Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang sangat baik;
- Komited, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas;
- Boleh bekerja dalam tekanan dan menyelesaikan tugas dalam waktu yang singkat;
- Berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;
- Boleh bekerja sendiri dan bergerak dalam pasukan;
- Mahir dalam penggunaan Microsoft word, excel, power point;
- Bersedia untuk bekerja pada bila-bila masa.
- PEMBANTU PEGAWAI INTERVENSI (PEMBANTU GURU TADIKA)
- Warganegara Malaysia;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; - Berminat untuk bekerja dengan Murid Berkeperluan Khas;
- Bersedia untuk menghadiri kursus yang disediakan;
- Keperibadian yang sabar, optimistik, kreatif, dan berdaya tahan;
- Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang sangat baik;
- Komited, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas;
- Boleh bekerja dalam tekanan dan menyelesaikan tugas dalam waktu yang singkat;
- Berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;
- Boleh bekerja sendiri dan bergerak dalam pasukan;
- Mahir dalam penggunaan Microsoft word, excel, power point;
- Bersedia untuk bekerja pada bila-bila masa.
Bidang Tugas
- PEGAWAI INTERVENSI (GURU TADIKA)
- Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan tugasan berkaitan pendidikan dan intervensi awal untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK);
- Bertanggungjawab menyediakan IEP (Individualised Educational Plan) untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK);
- Bertanggungjawab menyediakan laporan prestasi Murid Berkeperluan Khas (MBK);
- Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh jabatan.
- PEMBANTU PEGAWAI INTERVENSI (PEMBANTU GURU TADIKA)
- Berupaya membantu guru dalam proses pelaksanaan PdP;
- Berupaya membantu guru dalam memastikan kebersihan dan keselamatan murid bagi aktiviti di dalam dan luar kelas;
- Berupaya menguruskan mobiliti murid mengikut keperluan bagi memastikan penglibatan murid dalam setiap aktiviti;
- Berupaya membantu guru dalam urusan pentadbiran am kelas pendidikan khas mengikut prosedur yang ditetapkan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume dan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected]. Pemohon juga perlu menyatakan jenis jawatan yang dimohon pada PERKARA seperti PEGAWAI INTERVENSI (GURU TADIKA) / PEMBANTU PEGAWAI INTERVENSI (PEMBANTU GURU TADIKA).
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 18 OGOS 2024, AHAD.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.