bayaran SARA

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa yang tidak menentu, termasuk kesan inflasi, kenaikan kos sara hidup, dan peluang pekerjaan yang terhad, kelompok ini menjadi antara yang paling terkesan.

Kebanyakan isi rumah B40 bergantung kepada pendapatan bulanan yang tidak melebihi RM4,850, yang menyebabkan mereka sering bergelut untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan tempat tinggal yang selesa.

Dalam usaha meringankan beban ini, pelbagai bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, termasuk bantuan tunai, subsidi barang keperluan, bantuan pendidikan anak-anak, serta insentif perniagaan mikro. Selain itu, terdapat juga sokongan daripada NGO dan sektor swasta yang menyumbang dalam bentuk latihan kemahiran, bantuan kewangan sementara, dan program keusahawanan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah B40 secara mampan.

Namun begitu, masih banyak cabaran yang perlu ditangani secara menyeluruh. Isu seperti akses terhad kepada pendidikan berkualiti, kekurangan literasi kewangan, dan jurang digital menjadi penghalang utama dalam usaha meningkatkan mobiliti sosial dalam kalangan golongan ini.

Oleh itu, pendekatan bantuan tidak seharusnya bersifat sementara atau bersandarkan kepada pemberian semata-mata. Perlu ada pelan jangka panjang yang lebih holistik – melibatkan pendidikan, latihan kemahiran, perlindungan sosial dan peluang pekerjaan – agar mereka dapat keluar daripada kitaran kemiskinan.

Golongan B40 bukan sekadar angka dalam statistik. Mereka adalah rakyat Malaysia yang perlu diberi peluang dan sokongan untuk membina kehidupan yang lebih baik, demi kemajuan negara secara keseluruhan.

Antara bantuan yang telah diperkenalkan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan itu.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup, khususnya B40. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka ekonomi negara.

Bagi tahun ini, kriteria kelayakan SARA adalah seperti berikut:

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan
      Warga Emas Tiada Pasangan; dan
      iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
  • SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Jumlah Bayaran SARA 2025

Jumlah keseluruhan bayaran SARA bagi tahun ini adalah dari RM450 hingga RM2,100 mengikut setiap kategori. Berikut adalah maklumat kadar pembayarannya:

  • RM2,100 : Isi rumah (merupakan penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
  • RM1,650 : Warga emas tiada pasangan (merupakan penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
  • RM600 : Bujang 21 – 59 tahun (merupakan penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
  • RM900 : Isi rumah (merupakan penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
  • RM450 : Warga emas tiada pasangan (merupakan penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih).

 

Akan tetapi, pembayaran SARA dibuat secara bulanan dengan kadar antara RM50 hingga RM200 setiap bulan yang dikreditkan ke MyKad. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

Cara Pembelian Dengan SARA

Penerima SARA boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara pembelian pula dengan langkah-langkah berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Tukar Nombor Pin
    • Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  • Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Pembelian boleh dibuat di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Maklumat lengkap berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini, sila rujuk di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – DI SINI. 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…