STR 2025

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara hidup, ketidakstabilan pekerjaan, serta pelbagai kejutan ekonomi global mengakibatkan ramai yang perlu menghadapi tekanan kewangan yang semakin meningkat.

Di sinilah bantuan kerajaan memainkan peranan penting dalam meringankan beban rakyat dan memastikan kesejahteraan serta kestabilan masyarakat terus terjamin.

Selain itu, terdapat juga inisiatif untuk membantu golongan yang lebih memerlukan, seperti warga emas, orang kelainan upaya (OKU), serta keluarga berpendapatan rendah.

Bantuan ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan, tetapi juga membantu penerima mencapai taraf hidup yang lebih baik serta menyediakan peluang untuk memperbaiki keadaan hidup mereka.

Lebih daripada sekadar bantuan kewangan, sokongan kerajaan juga melibatkan program pendidikan dan latihan, yang dirancang untuk membangunkan kemahiran baharu serta menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

Bagi tahun 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Bantuan ini pada asasnya merupakan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40.

Ia juga diberikan merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan STR ini:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran STR 2025

Bagi tahun 2025, pembayaran STR telah ditambah baik dengan kadar minimanya adalah RM600 dan maksimum RM2,500, begantung kepada kategori penerima, jumlah tanggungan dan pendapatan.

Ini adalah adalah maklumat jumlah pembayaran STR 2025 bagi setiap penerima:

Pembayaran STR dibuat dengan dua cara iaitu:

  • Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

Cara Memohon/Kemaskini 2025

Bagi permohonan STR 2025, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan STR 2025 dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024. Manakala, bagi kemaskini pula – ia juga boleh dibuat di portal sama melalui MySTR.

Berikut pula adalah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan STR 2025:

  • Pemohonan Baharu;
  • Kemas Kini Permohonan;
  • Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan; dan
  • Perubahan Maklumat Asas Permohonan.

 

Bagi maklumat lebih lengkap, teliti dan sahih berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru KAFA…
30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 - RM9,585: Ini Cara Memohon

30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 - RM9,585: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon-calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka di Jabatan…
Bantuan BMT RM800 mula dibayar ke akaun bank bulan ini (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan BMT RM800 mula dibayar ke akaun bank bulan ini (November 2024): Senarai penuh penerima

Setiap tahun, apabila musim tengkujuh tiba, beberapa kawasan di Malaysia terdedah kepada ancaman banjir dan pelbagai bencana lain yang disebabkan…