fasa 1

Jumlah bayaran STR Fasa 1 untuk penerima B40 & M40: Maklumat tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah sebuah bantuan kewangan Kerajaan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana berkelayakan serta memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2024 ini, dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan pihak Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

STR Fasa 1

Bagi pembayaran STR Fasa 1 tahun 2024, berikut adalah maklumat jumlah pembayarannya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan jadual STR 2024, pembayaran STR Fasa 1 akan dibuat pada bulan Februari 2024 ini. Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak diluluskan.

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…