Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.
Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan kumpulan B40 dan M40.
Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan sebelum ini iaitu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.
Berikut pula adalah maklumat berkenaan jumlah bayaran STR Fasa 3:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM400
- Bilangan anak 3 – 4: RM600
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Tarikh Pembayaran
Pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023 kepada yang layak seperti mana yang dinyatakan di atas.
Pembayarannya ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 dan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.