str

Jumlah bayaran STR Fasa 3 telah diumumkan: Berikut senarai penerima & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Pada bulan April 2023, pembayaran STR Fasa 2 telah pun dibuat oleh pihak Kerajaan Persekutuan dengan kadar sebanyak RM200 kepada setiap kategori penerima.

Namun begitu, jumlah STR bagi Fasa 3 nampaknya lebih banyak dari sebelumnya, iaitu seperti berikut:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM300 (bilangan anak 0)
  • RM400 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM600 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM800 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM150 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM250 (bilangan anak 5 ke atas)

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun

  • RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • RM150

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan jadual yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 akan disalurkan pada bulan Julai 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima. Manakala yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif pula boleh membuat pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…