Bagi membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Ia termasuklah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –
Sumbangan Tunai Rahmah – STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan tunai dengan kadar tertentu yang diberikan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40. Penerima itu merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang serta diberikan berdasarkan jumlah pendapatan bulanan serta tanggungan masing-masing.
Bagi tahun 2024 ini, jumlah pembayaran STR telah ditambah baik – hikmah penyasaran semula subsidi. Kriteria kelayakan STR 2024 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR
Bayaran STR yang ditetapkan adalah sehingga RM2,500. Bagi maklumat lebih lengkap, berikut adalah jumlah keseluruhan STR 2024 bagi setiap kategori penerima:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
- Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM1,250
- Bilangan anak 1 – 2: RM1,000
- Bilangan anak 3 – 4: RM750
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR : RM350
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR: RM600
Pembayarannya pula dibuat secara berfasa. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, pembayaran telah pun selesai diagihkan dengan pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, bagi pembayaran Fasa 3 pula, ia dijadualkan pada bulan Ogos 2024.
Akan tetapi, jumlah bayaran bagi Fasa 3 masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara pembayaran STR adalah secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank – pengambilan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Permohonan STR
Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini STR dibuka sepanjang tahun 2024. Mereka yang perlu membuat permohonan baru adalah:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR melalui mySTR. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.