jumlah bayaran

Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada berbentuk tunai, e-dompet, geran, rumah dan sebagainya. Antara yang paling terkenal adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan khusus kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana.

Bantuan ini juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pelbagai lagi.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya adalah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.  Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024.

Bagi tahun 2024 ini, kelayakan STR ditetapkan seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Manakala, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta – mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan
permohonan isi rumah dan tidak boleh membuat permohonan sebagai individu bujang.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR dibuat secara empat fasa. Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai dikreditkan pada bulan Januari, April dan Ogos lalu. Untuk pembayaran STR Fasa 4 pula, berikut adalah jumlah bayaran bagi setiap kategori:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

 

Cara pembayaran STR terbahagi kepada dua iaitu secara kredit terus ke akaun bank atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk kredit terus ke akaun, ia berdasarkan maklumat bank yang diberikan ketika permohonan/kemaskini. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank pula, pengambilan tunai boleh dibiat di cawangan-cawangan BSN terdekat.

Semakan STR 2024

Semakan STR boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Semakan juga boleh dibuat dengan cara berikut:

  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

 

Maklumat terperinci berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila lihat di Portal Rasmi STR – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…