STR Fasa Akhir

Jumlah Bayaran STR Fasa Akhir Tahun 2024: Senarai penerima, tarikh pembayaran & cara semak

Bagi tahun 2024, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menerima sokongan sewajarnya. Bantuan dan inisiatif itu khususnya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Antaranya adalah dengan memperkenalkan sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini pada asasnya merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Syarat-Syarat Kelayakan STR 2024

  • Kategori Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Bayaran STR Fasa Akhir 2024

Bagi pembayaran STR 2024, ia akan dibuat secara empat fasa kepada setiap kategori penerima yang layak. Bagi pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3, ia telah pun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Ogos lalu.

Manakala, bagi STR Fasa Akhir 2024 (Fasa 4) pembayarannya akan dibuat pada bulan November 2024 dengan kadar seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

Cara Pembayaran STR

Bagi pembayaran STR, ia dibuat dengan dua cara utama iaitu:

  • Kredit terus ke akaun: Dikreditkan terus ke akaun bank seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan/kemaskini;
  • Pembayaran secara tunai: Pengambilan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mereka yang tiada akaun bank/berstatus tidak aktif.

 

Bagi urusan semakan kelulusan pula, ia boleh dilaksanakan secara atas talian dengan cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Jika semakan status menunjukkan “Status Permohonan Diterima” ia adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.

Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

Sekiranya, semakan menunujukkan “Tidak Lulus” – pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

Rayuan boleh dilaksanakan secara dalam talian di Portal Rasmi STR melalui MySTR. Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 4 Mula Dibayar Hari Ini (7 November 2024): Jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang & warga emas

STR Fasa 4 Mula Dibayar Hari Ini (7 November 2024): Jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang & warga emas

Dalam usaha memastikan kebajikan rakyat terus terjamin, kerajaan memainkan peranan penting dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan…
Pelbagai Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri: Senarai penuh jawatan

Pelbagai Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri: Senarai penuh jawatan

Pada ketika ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah,  Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi…
Bantuan BAP diberikan tanpa had pendapatan: Maklumat penerima, jumlah & tarikh bayaran

Bantuan BAP diberikan tanpa had pendapatan: Maklumat penerima, jumlah & tarikh bayaran

Setiap tahun, melalui belanjawan yang diumumkan, pelbagai insentif dan program diperkenalkan untuk menyokong masyarakat dalam aspek-aspek kritikal kehidupan, seperti kesihatan,…