Jumlah Pendapatan isi rumah bawah RM4,849: Cara memohon bantuan RM500 ‘one-off’ dari YR

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif melalui agensi-agensinya. Antaranya termasuklah melalui Yayasan RISDA (YR) yang melaksanakan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU).

Ia pada asasnya merupakan bantuan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA yang melanjutkan pengajian di University College Agroscience Malaysia (UCAM). Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pelajar Tahun Pertama (semester 1) di UCAM sahaja;
  • Peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (sepenuh masa);
  • Anak kepada: Pekebun Kecil / staf RISDA / staf SMR / pesara RISDA;
  • Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
  • Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan;
  • Telah melapor diri di UCAM;
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran di UCAM.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SIPU boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022) – muat turun DI SINI.

Borang yang lengkap diisi perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Kad pengenalan pelajar;
  • Kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat tawaran;
  • Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat RISDA berdekatan bagi tujuan pengesahan.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenana SIPU, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…