Pada ketika ini, antara perkara utama yang menjadi perhatian adalah kos sara hidup yang semakin meningkat. Prihatin dengan keadaan itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama mereka yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) di bawah Belanjawan 2024.
Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2024 ini, STR diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
- si Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR
Jumlah bayaran STR adalah berbeza-beza mengikut setiap kategori (isi rumah, warga emas dan bujang), kadar pendapatan bulanan dan tanggungan masing-masing. Jumlah pembayaran penuh STR 2024 bagi setiap kategori adalah berikut:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM1500
- Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM750
- Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Kadar STR: RM350
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- Kadar STR: RM600
Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai diberikan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, bagi pembayaran STR Fasa 3 pula, ia akan mula dibayar pada 29 Ogos 2024 (Khamis).
Kadar STR Fasa 3 pula adalah seperti berikut:
Permohonan STR 2024
Bagi pembayaran STR, ia akan dibuat dengan dua cara iaitu secara kredit terus ke akaun penerima (seperti maklumat ketika permohonan) atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Untuk mereka yang belum membuat sebarang permohonan STR, mereka masih boleh membuat permohonan kerana ia dibuka sepanjang tahun 2024. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR (mysSTR) atau dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Borang yang lengkap bersama dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiLa terdekat. Semakan status kelulusan boleh dibuat di mySTR dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk di Portal Rasmi STR (MySTR);
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (jika ada)
Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.