Kadar bantuan RM100 sehari selama 14 hari: Syarat-syarat & cara memohon Bantuan Khas NADMA

Dalam usaha membantu rakyat yang berdepan dengan ancaman pandemik, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memperkenalkan Bantuan Khas C-19 yang bertujuan membantu individu yang hilang pendapatan ketika dalam tempoh kuarantin.

Melalui bantuan khas ini, mereka yang layak boleh menerima RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari secara ‘one off’ dalam tempoh penularan jangkitan C-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Bantuan Khas ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;
    • Menerima Perintah Kuarantin C-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). ATAU
    • Menjalani rawatan C-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)

 

Bagaimanapun, bantuan khas ini tidak layak diterima oleh mereka yang:

  • Bukan Warganegara Malaysia.
  • Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran C-19.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, ia boleh dibuat dengan:

  • Membaca garis panduan dengan teliti (DI SINI)
  • Menyertakan dokumen-dokumen wajib:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin C-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana C-19
    • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  • Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut:
    • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A) – DI SINI
    • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B) – DI SINI
    • Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris. DI SINI

 

Pemohon juga perlu memastikan borang dan dokumen yang dihantar adalah jelas, terang dan boleh dibaca. Ini kerana, permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas.

Permohonan seterusnya perlu dihantar kepada pihak NADMA melalui salah satu cara berikut:

  • Melalui pos: Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat Bantuan Khas C-19)
  • Melalui e-mel: [email protected]
  • Melalui atas talian: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

 

Para pemohon juga dinasihati untuk tidak membuat permohonan berulang bagi mengelakkan kelewatan proses kelulusan.

Maklumat terperinci berkenaan bantuan ini turut boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…