Kadar pengangguran terus meningkat, naik dari 772,900 kepada 782,500 pada Januari tahun ini

Kehadiran pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nampaknya secara berterusan memberikan kesan terhadap pasaran buruh di negara ini. Laporan daripada Jabatan Perangkaan mendapati, kadar pengangguran meningkat sedikit pada Januari 2021 iaitu sebanyak 4.9 peratus berbanding 4.8 peratus pada Disember 2020. Ia sekaligus membuatkan kadar pengangguran naik kepada 782,500 orang dari 772,900 orang sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, hal itu disumbangkan oleh pelaksanaan PKP 2.0 yang menghadkan perjalanan rentas daerah dan negeri yang seterusnya menjejaskan momentum pemulihan perniagaan dan tenaga kerja.

Bagaimanapun, bagi sebahagian pemerhati – keadaan di Malaysia telah menampakkan tanda-tanda pemulihan dengan penyertaan tenaga buruh yang semakin positif. Tenaga buruh Malaysia pada Januari adalah sebanyak 16.02 juta orang iatu meningkat 0.2% atau 31,500 daripada 15.99 juta orang pada Disember.

“Ini menunjukkan bahawa orang lebih terdorong untuk mencari pekerjaan pada bulan tersebut, kerana jumlah tenaga kerja berkembang dari bulan sebelumnya dan mencapai 16 juta untuk pertama kalinya. Akibatnya, tenaga kerja yang lebih besar membatasi kenaikan kadar pengangguran.” – Petikan dari Laporan MIDF.

Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan juga mendapati beberapa sektor pekerjaan telah menunjukkan peningkatan dari bulan ke bulan, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong & runcit, kesihatan kemanusiaan & kerja sosial serta pendidikan. Walaupun begitu, sektor pelancongan tetap mencatatkan trend penurunan akibat keadaan pandemik yang masih belum pulih.

Begitu juga dengan sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian yang terus mencatatkan trend penurunan sejak tujuh bulan lalu.

“Melihatkan keadaan krisis kesihatan pada awal 2021, pasaran buruh ini dijangka berdepan dengan situasi tidak menentu pada suku pertama tahun ini.” – Dr Mohd Uzir Mahidin, petikan dari Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian & The Edge Markets.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…