Karnival Kerjaya Bersama McDonald’s pada bulan Februari ini: Pelbagai lokasi, gaji sehingga RM3,800

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Gerbang Alaf Restaurants dan Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO akan menganjurkan Karnival Kerjaya Bersama McDonald’s.

Karnival ini akan melibatkan pelbagai jawatan kosong dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal diadakan: –

Maklumat Jawatan

  1. KRU RESTORAN
  2. RIDER (PENGHANTAR MAKANAN)
  3. BARISTA MCCAFE
  4. JURUTEKNIK
  5. GUEST EXPERIENCE LEADER

Faedah-faedah Ditawarkan

  • Gaji bermula RM1,300 – RM3,800 sebulan;
  • Penginapan disediakan dengan kemudahan lengkap dan selesa;
  • Bonus setiap penggal;
  • Makanan dan perubatan percuma;
  • Jadual kerja fleksibel;
  • Pakaian seragam percuma;
  • Peluang kenaikan pangkat;
  • Cuti tahunan.

Lokasi & tarikh temuduga

  • MCDONALD’S BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
    • Tarikh temuduga: 12-13 FEBRUARI 2022
  • MCDONALD’S SEKSYEN 3, SELANGOR
    • Tarikh temuduga: 12-13 MAC 2022
  • MCDONALD’S SERI AUSTIN, JOHOR
    • Tarikh temuduga: 19-20 FEBRUARI 2022
  • MCDONALD’S BAGAN AJAM, PULAU PINANG
    • Tarikh temuduga: 19-20 FEBRUARI 2022

Cara Memohon

Kepada yang berminat untuk menyertai temuduga ini, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih cawangan McDonald’s, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang pendaftaran atas talian berkenaan.

Tarikh temuduga adalah seperti mana yang dimaklumkan di atas dan masa temuduga dari 10 pagi sehingga 5 petang.

Hebahan rasmi karnival juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…