Karnival Kerjaya Jamin Kerja pada 19 Februari ini: Lebih 12,000 peluang pekerjaan disediakan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menganjurkan Karnival Kerjaya Jamin Kerja pada 19 FEBRUARI 2022 ini.

Karnival itu juga nanti akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti:

  • Temuduga bersama majikan;
  • Kaunseling Kerjaya;
  • Kaunter Resume;
  • Pendaftaran Portal MyfutureJobs.

 

Karnival ini juga akan menyediakan lebih 12,000 peluang pekerjaan khusus kepada golongan pencari kerja dari kalangan lepasan sekolah, graduan dan sebagainya.

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan karnival kerjaya yang bakal berlangsung: –

Maklumat Karnival

Kepada yang berminat, karnival kerjaya ini akan berlangsung seperti maklumat di bawah:

  • Tarikh: 19 Februari 2022 (Sabtu)
  • Masa: 9:00 Pagi – 5:00 Petang
  • Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

 

Selain PERKESO, pelbagai lagi pihak yang akan terlibat di kanival berkenaan, antaranya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) dan banyak lagi.

Cara Mendaftar

Kepada yang berminat dan ingin menyertai karnival ini, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) di portal MyFutureJobs – DI SINI.

Lebih menarik lagi, pihak penganjur juga akan memberikan hadiah menarik kepada peserta bertuah di karnival itu nanti.

Untuk maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal berlangsung ini, calon boleh menghubungi pegawai bertugas di talian:

  • Cik Fitrah: 019 – 617 7559
  • Cik Nazirah: 019 – 610 1234
  • Cik Aisyah: 019 – 609 6544

 

Dimaklumkan juga bahawa para peserta dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berada di karnival itu nanti.

Hebahan rasmi karnival ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…