Karnival PenjanaKerjaya akan diadakan 4 Disember ini: Lebih 1,000 kekosongan jawatan ditawarkan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menganjurkan Karnival PenjanaKerjaya Petaling Jaya pada 04 Disember 2021 ini.

Karnival ini akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti:

  • Klinik resume MyFutureJobs;
  • Kaunseling kerjaya;
  • Perkhidmatan majikan daripada pelbagai sektor;
  • Temuduga Terbuka untuk semua golongan.

 

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal diadakan: –

Syarikat-syarikat Terlibat

  1. Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd
  2. Alpha Seiko Plastics Sdn Bhd
  3. NXP Malaysia Sdn Bhd
  4. Golden Scoop Sdn Bhd
  5. Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
  6. Wistron Technology (Malaysia) Sdn Bhd
  7. City-Link Express (M) Sdn Bhd
  8. AsyiQmuslim Exclusive Sdn Bhd
  9. Genius Aulad International Group Sdn Bhd
  10. Best Global Logistics Technology (Malaysia) Sdn Bhd
  11. TCRS Restaurant Sdn Bhd
  12. FGV IFFCO Sdn Bhd
  13. Lulu Group Retail Sdn Bhd
  14. GS Paperboard & Packaging (Selangor) Sdn Bhd
  15. 99 Speedmart Sdn Bhd
  16. Hirose Electric (M) Sdn Bhd
  17. Imperia Asia International Sdn Bhd
  18. Automotive Industries Sdn Bhd
  19. Lion Mining Sdn Bhd
  20. Emart24 Holdings Sdn Bhd

 

Selain melibatkan 20 syarikat, karnival kerjaya ini juga akan menawarkan lebih daripada 1,000 kekosongan jawatan. Bagi senarai penuh jawatan-jawatan yang ditawarkan, ia boleh dirujuk di – DI SINI.

Cara Mendaftar

Karnival PenjanaKerjaya ini nanti akan diadadakan seperti butiran berikut:

  • Tarikh: 04 Disember 2021 (Sabtu)
  • Masa: 9:00 Pagi – 5:00 Petang
  • Tempat: Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor

 

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai karnival kerjaya ini, pra-pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Dimaklumkan juga bahawa, hanya individu yang lengkap dua dos vaksinasi sahaja yang dibenarkan untuk menyertai karnival ini dan para peserta juga dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hebahan rasmi karnival ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…