Kasino tak beroperasi, Genting Malaysia potong gaji pekerja sekali lagi

Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari lalu, pihak Genting Malaysia terpaksa menutup operasi kasino mereka, sehingga menanggung kerugian yang tinggi. Rentetan itu, konglomerat berkenaan dikhabarkan akan sekali lagi memotong gaji pekerja bagi menampung bebanan syarikat.

Berdasarkan laporan Bloomberg News, syarikat berkenaan telah meminta persetujuan sebahagian pekerjanya untuk membuat pemotongan 15 hingga 20 peratus gaji pokok berdasarkan pangkat. Dalam masa sama, sumber mengatakan sebahagian pengurusan kanan telah secara sukarela bersetuju untuk mengetepikan 20% daripada gaji mereka.

Apa yang pasti, ini adalah tindakan kedua sejak bermulanya pandemik yang memaksa Genting memotong gaji kakitangannya sejak ditubuhkan pada tahun 1965.

“Kita perlu mengawal asas kos Resort World Genting untuk memastikan kesinambungan perniagaan kita dan membantu melindungi sebanyak mungkin pekerjaan.” – Lee Choong Yan, Presiden Genting Malaysia, petikan dari The Star.

Sumber: The Star.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…